mfi06...

my visitor

IP anda:

Di mana anda:

Negara anda:

adapengunjung yang sedang mencari sesuatu di sini

kita berbicara


clock


My6shot

-:Mysixshot:-

mfi06music

Calendar

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Kisah Toyol
  

Wednesday, January 17, 2007


 Toyol merupakan sejenis makhluk halus yang berasal dari iblis ataupun syaitan. ini kerana habuan yang sering diminta oleh toyol dari tuannya adalah sedikit darah tuannya yang dihisap di bahagian ibu jari kaki, seperti yang kita faham, makhluk Allah dari keturunan Jin memakan asap dan tulang, manakala syaitan dan iblis sering kali menjadikan darah sebagai makanannya, ini termasuklah toyol, menurut cerita orang dulu-dulu, toyol ini akan datang apabila diumpan dengan menggunakan kacang hijau dan juga ketam nipah. banyak kisah yang sering kita dengar mengenai peranan yang dimainkan oleh toyol dalam membantu tuan pembelanya untuk mengambil dan mencuri duit orang lain,

   Tetapi tahukah anda bagaimana caranya mereka yang kufur laknatullah(nauzubillahimin zalik) ini mencipta toyol, menurut kisah yang aku perolehi dari cerita orang lama, sekiranya terdapat ibu yang mengandung bayi yang sudah cukup sempurna sifatnya didapati mengalami keguguran, maka bayi tersebut akan diambil dan dipuja sehingga ianya bernyawa dan hidup kembali. Namun tak semua bayi yang keguguran itu boleh diambil dan dipuja menjadi toyol, bayi tersebut mestilah bayi lelaki yang mati akibat keguguran pada malam jumaat dan malam selasa sahaja, bayi yang hendak dipuja juga mestilah dari bayi yang sulung.

   itulah sebabnya jika berlaku kematian bayi akibat keguguran, orang kampung biasanya akan mengawal bayi tersebut selama 44 malam agar tidak di curi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjadikan bayi tersebut di puja sehingga iblis laknatullah memasuki bayi tersebut dan menghidupkan semula bayi tersebut menjadi toyol. Bila toyol itu sudah di hidupkan, maka toyol ini akan hidup selama mana tuannya masih mahu membelanya, sekiranya ianya tidak lagi bertuan, maka ianya akan berkeliaran dan mengganggu orang ramai tanpa dapat dikawal.

   

sebuah petikan dari filem toyol.....



fysal at 08:15 pm
dah komen  

dua mati ditikam di Langkawi
  

Sunday, October 29, 2006


Akibat berselisih faham dengan teman lelakinya, seorang wanita warga Thailand mati ditikam dengan pisau pemotong buah manakala jirannya, wanita senegara, turut dibunuh lelaki sama di sini, semalam.

Dalam kejadian di Kampung Kelibang itu, mangsa dikenali sebagai Kemika Pesuan, 40, berasal dari Satun, Selatan Thailand manakala rakannya, Phordee Seemuang, 43, pula berasal dari Anthong.

Kemika mati selepas ditikam beberapa kali dalam rumah sewanya di kampung itu sekitar jam 7 pagi manakala Phordee mati ditikam di sebuah kawasan lapang berhampiran rumah Kemika sekitar jam 10 pagi.

Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang berasal dari Perak dan bekerja sebagai buruh binaan di pulau peranginan ini sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, suspek dan Kemika tinggal serumah manakala Phordee pula tinggal selang beberapa rumah dari rumah yang disewa Kemika.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Mohd Ali Jamaludin, berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai penagih dadah.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian terbabit termasuk sama ada suspek berada di bawah pengaruh bahan itu ketika menyerang mangsa.

Difahamkan, ketika ditahan, suspek dikatakan sedang duduk di atas kerusi di luar rumah sewa itu dalam keadaan menggigil dengan pakaian masih berlumuran darah.

Kemika dipercayai ditikam beberapa kali pada badan manakla Phordee yang dikatakan kebetulan berkunjung ke rumah rakannya itu sekitar jam 10 pagi, terkejut melihat Kemika terbaring berlumuran darah dalam keadaan berkemban lalu menjerit.

Berikutan jeritan itu, suspek dikatakan terkejut dan panik lalu menikam mangsa di situ tetapi wanita berkenaan sempat melarikan diri dan dikejar suspek hingga ke satu kawasan lapang.

Suspek kemudian dipercayai bergelut dengan Phordee yang kemudian rebah dan meninggal dunia di situ.

Mohd Ali berkata, polis yang dihubungi oleh orang ramai kemudian menahan suspek dan merampas senjata sepanjang kira-kira 15 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu- Harian Metro,27 Oktober 2006

diantara gambar awal mangsa yang sempat aku ambil beberapa jam selepas pembunuhan berlaku, ketika itu mayat ini baru sahaja tiba di bilik mayat..



fysal at 10:13 pm
dah komen  

PENYAKIT ANEH
  

Sunday, August 13, 2006


 

 

Seorang wanita menderita penyakit aneh. Dari hari ke hari penyakitnya semakin teruk. Walaupun suaminya telah membawanya berjumpa doktor, namun penyakitnya tidak juga sembuh. Kemudian suaminya menemui Syeikh Wahid Abdus Salam. Setelah Syeikh itu membacakan beberapa ayat Al-Quran, ternyata ada jin yang masih muda masuk ke dalam tubuh wanita itu. Nama jin itu adalah Gergus. Tetapi Syeikh Wahid berjaya mengeluarkan jin itu dan mengislamkannya lalu menukar namanya menjadi Khalid

            Malangnya, dua bulan kemudian, wanita tersebut sakit lagi. Suaminya membawa semula kepada Syeikh Wahid untuk disembuhkan. Setelah membacakan beberapa ayat Al-Quran, tiba-tiba ada jin bersuara lantang kepada Syeikh menerusi lisan wanita itu : “Apa yang kamu inginkan dari kami”

 

 

KISAH JIN KRISTIAN MASUK ISLAM

 

 Syeikh : siapa namamu?

 

Jin : Yohanes.

 

Syeikh : kalau begitu, tentu kamu beragama Kristian.

 

Yohanes : Ya!!

 

Syeikh : mengapa kamu masuk ke dalam jasad Wanita muslim ini

 

Yohanes : kerana kamu telah mengambil anakku, Gergus. Kamu telah pula mengislamkannya, sehingga aku menjadi murka dan ingin membalas dendam

 

Syeikh : saya menawarkan Islam kepadamu, dan kamu bebas sama ada menerima atau menolaknya.

 

Yohanes : Sebaiknya kamu diam dan tak perlu banyak karenah.

 

Syeikh : mengapa?

 

Yohanes : Kerana saya adalah seorang pendeta Kristian di kalangan bangsa jin. Bagaimana mungkin saya mahu masuk Islam?

 

Syeikh : kalau begitu terangkanlah tentang agama Kristian kepadaku. Selepas itu, aku akan menerangkan pula mengenai agama islam kepadamu. Siapa yang berjaya meyakinkan di antara kita mengenai kebenaran di antara kedua-dua agama ini, maka hendaklah ia masuk ke dalam agama yang benar, tetapi dengan syarat tidak fanatik dan mestilah ikhlas. Semoga Allah menunjuki kita semua kepada jalan yang benar.

 

Yohanes : baiklah....Kamu jelaskan terlebih dahulu mengenai Islam.

 

Syeikh Wahid Abdus Salam menerangkan kepada jin itu mengenai agama Islam, dengan terlebih dahulu mendedahkan kepalsuan agama Kristian. Walaupun jin itu cuba membantahnya, tetapi dia akur dengan keterangan Syeikh Wahid, kerana hujjahnya begitu kuat. Syeikh itu tidak pindah dari satu tajuk ke tajuk yang lain sehingga jin itu merasakan puas dengan keterangan dan hujjah yang diberikan. Kemudian Syeikh menerangkan mengenai keistimewaan agama Islam dan kesesuaiannya untuk segala azam dan tempat. Sebagai penutup hujjahnya, Syeikh Wahid membacakan sepotong ayat Al-Quran untuk meyakinkan jin itu :

            sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang muysrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang beriman ialah orang-orang yang berkata : “sesungguhnya kami ini orang Nasrani (Kristian).” Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad SAW), kamu lihat mata mereka menitikkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri), seraya berkata : “ Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatkanlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad SAW). Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang soleh?” Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan (yakni) Syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-oran yang berbuat kebaikan.”

                                                                                                (Al-Maidah : ayat 82-85)

 

Selepas mendengar ayat tersebut, jin itu menitiskan air matanya seraya berkata : “ Aku beriman.......... Aku beriman.......... Aku beriman.”

 

Syeikh : Apakah kamu beriman dari hatimu atau kerana takut kepada seseorang.

 

Yohanes : kamu tidak dapat memaksaku untuk berbuat sesuatu. Saya telah beriman kepada Allah dengan ikhlas.

 

Syeikh : kalau begitu, ucapkanlah syahadah dan bertaubatlah.

 

Yohanes : (jin itu kemudian mengucapkan syahadat dan bertaubat). Tetapi jika jin lain mengetahui keIslamanku, pasti mereka akan membunuhku.

 

Syeikh :kamu dapat tinggal di tengah-tengah jin muslim dan mereka akan melindungimu.

 

Yohanes : tetapi aku ingin melihat anakku, Khalid

 

Syeikh : pergilah ke masjid itu dan panggilah dia. (kemudian Khalid datang seraya mengucapkan salam kepada bapanya. Syeikh Wahid bertanya khabar mengenai keadaan Khalid. Maka terjadilah dialog diantara mereka).

 

PERMUDA PERKASA DARI BANGSA JIN

 

Khalid : Alhamdulillah, saya gembira sekali sejak saya masuk Islam dan berkumpul bersama saudara-saudaraku jin Muslim. Islam adalah kebahagiaan dan egembiraan, yang menenangkan jiwa kami. Saya Semakin bertambah bahagia ketika mengetahui keislaman bapaku.

 

Syeikh : Wahai Khalid, apakah kamu ada mengenali salah seorang pemuda perkasa dari kalangan jin muslim?

 

Khalid : Ya, Cukup ramai yang saya kenali.

 

Syeikh : panggilah salah seorang dari mereka.

 

Khalid : (Ia memanggil pemuda dari bangsa jin, yang segera datang sambil mengucapkan salam).

 

Syeikh : wa’alaikumus salam. Apakah kamu sanggup membela dan melindungi saudaramu dari kekejaman jin Kristian?

 

Pemuda jin : Ya, dengan izin Allah. Kami terdiri dari para pemuda yang gagah, kami tidak akan menyerahkan saudara kami sesama muslim kepada musuh-musuh kami, kami akan mempertahankan walaupun kami harus terbunuh kerana membelanya. (lalu pemuda jin itu membawa Yohanes ke kumpulan  mereka dan hidup sebagai satu jamah Muslim.)

 

Petikan dari Kisah-kisah benar Jin-susunan Abu Hikmah Al-Husni

Terbitan Darul Nu’man



fysal at 07:16 am
dah komen  

suasana biasa di bilik Mayat
  

Friday, August 11, 2006


minta maaf sekiranya apa dipaparkan di sini akan mengganggu emosi dan juga ketenteraman anda, ini hanyalah sekadar gambar tentang suasana sebenar di dalam bilik mayat. kita jangan sama sekali mempercayai "badi mayat' kerana tiada di sebut di dalam kitab2 fekah atau kitab tassawur mengenainya, apa yang baik kita jadikan tauladan, aku tak paksa untuk korang masuk ke blog ini, kerana blog ini aku khaskan untuk koleksi kisah2 misteri dan menyeramkan.... kalau taknak boleh pergi ke blog cyberstar..terima kasih..

 mungkin ramai yang masih tertanya-tanya mengapa bedah siasat harus dilakukan ke atas mayat yang telah mati, dan ada juga yang beranggapan bedah siasat ini seolah-olah menyeksa mayat, dan paling menyedihkan ada juga statement yang mengatakan orang di unit forensik melakukan bedah siasat untuk menjual organ dalaman mayat. semua kenyataan ini tidak benar, kerana pihak polis juga turut bersama-sama unit patologi forensik semasa melakukan bedah siasat,

   Memang benar, tiada hadis atau nas yang menyokong atau membolehkan kita boleh melakukan bedah siasat ke atas mayat, cuma, sebagai orang islam yang tertakluk kepada undang-undang dari pemerintah atasan, demi menegakkan keadilan dan membuktikan kebenaran, bedah siasat harus dilakukan dan ini menjadi hukumnya fardu kifayah kepada pemerintah kerana melaksanakan undang-undang dengan adil dan saksama, kepada penjenayah yang melakukan jenayah, mereka tidak harus dibiarkan bermaharajalela di dalam negara ini tanpa perlaksanaan undang-undang yang adil lagi saksama, mana mungkin mayat yang telah mati boleh bangun semula untuk memberitahu kita siapakah pembunuhnya, dengan bedah siasatlah bukti yang kita mahukan dapat diperolehi.

gambar ini di kirimkan oleh seorang kenalan aku dari Universiti Malaya, di dalam emailnya itu tidak dijelaskan tentang apakah punca kematian mayat ini dan dari manakah gambar ini diperolehi.

bagi kami yang terlibat secara 'direct' dengan post morterm ini, adalah penting bagi kami menjaga adab dan tertib semasa melakukan bedah siasat walaupun mayat yang dibedah itu adalah bangsa asing dan kafir sekalipun, terutama sekali dalam menjaga aib mayat. memang prosidur bedah siasat dalaman harus di lakukan dari kepala hingga ke bahagian anggota bawah.

otak juga dikeluarkan untuk mengesan kecederaan di dalam otak yang boleh berlaku disebabkan oleh hentakan benda tumpul atau sebagainya. hanya dengan kuasa majistret sahaja yang boleh mengubah dan mengarahkan bedah siasat dibatalkan, sesetengah umat islam di negara ini akan meminta agar mayat waris mereka tidak dilakukan bedah siasat, semua ini boleh dirundingkan jika kematian mangsa tidak melibatkan unsur-unsur jenayah, tetapi sekiranya timbul kesangsian atas kematian mangsa oleh waris-waris mangsa, mayat sudah di tanampun akan dikorek semula untuk dilakukan bedah siasat di kemudian hari..

Semua insan yang bernyawa akan melalui detik2 kematian..insaf-insaflah sesama kita...



fysal at 01:07 am
dah komen  

dialog dengan Jin
  

Thursday, August 10, 2006


 seorang lelaki datang kepada Syeikh Wahid Abdus Salam seraya berkata "bapaku disaruki JIn."

"bagaimana engkau mengetahui bahawa ia kemasukan jin?" tanya Syeikh Wahid Abdus Salam.

   lelaki itu menjawab : " apabila mendengarkan khubah jumaat di masjid, ia kerasukan dan terus dalam keadaan kerasukan hingga khutbah selesai. kerapkali ia kerasukan di dalam masjid. peliknya lagi, setiap malam isnin ia tidak membolehkan sesiapapun, bahkan isterinya, untuk masuk ke dalam biliknya. pada malam itu ia tidur sendiriran di dalam kegelapan."

   kemudian Syeikh Wahid berangkat bersama lelaki tersebut menjumpai orang tuanya. Selepas melihat keadaan orang tua itu, maka terjadilah dialog antara Syeikh Wahid Abdus Salam dengan jin menerusi lisan orang tua itu :

syeikh : siapa namamu?

orang tua : Mahmud

syeikh : sakit apa kamu?

Mahmud ; saya merasakan seperti kemasukan jin

syeikh : apakah kamu ingin agar jin itu kami keluarkan?

mahmud: Ya, dia sangat melelahkan saya, bahkan hampir memisahkan saya dari isteri saya.

syeikh: pergi berwudhuklah.

   Lelaki itu kemudian berwudhuk, begitu pula Syeikh Wahid Abdus Salam. Kemudiannya Syeikh Wahid Abdus Salam membacakan surah Al-Fatihah, awal surah AL-Baqarah, akhir surah Al-Baqarah, Surah Al-A'raf dari ayat 43 hingga 56, Surah Al-Mukminun dari Ayat 15-118,Surah Ash-shaffat dari ayat 1-10, surah Al-Ahqaf dari ayat 29-32,Surah Ar-Rahmandari ayat 33-36, Surah Al-Hasyr dari ayat 21 hingga 23 dan surah Al-Jin ayat 1-9. setelah ayat-ayat tersebut dibacakan Syeikh Wahid Abdus Salam, badan lelaki itu gementar sebagai tanda jin telah datang. maka terjadilah dialog antara syeikh dengan jin menerusi lisan lelaki tersebut:

Syeikh : Bismillah, siapa namamu?

Mahmud : (suara yang keluar dari mulut mahmud berubah)saya jin.

Syeikh : siapa namamu?

jin : saya Stefrius.

Syeikh: apa Agamamu??

Stefrius : diam tidak menjawab..

syeikh : apakah engkau seorang wanita muslimah?

Stefrius: bukan

syeikh : kristian ?

Stefrius : bukan ?

syeikh : kafir?

Stefrius : Ya saya tidak beragama.

Syeikh : di mana kamu tinggal?

Stefrius : saya dari bangsa jin penyelam di air, saya hidup di Laut Merah.

Syeikh : menagapa kamu masuk ke dalam jasad Mahmud?

Stefrius: Untuk Membalas Dendam.

SYeikh : Apakah yang telah dilakukannya terhadapmu?

Stefrius : Keluarga kami dari bangsa jin pernah masuk ke dalam tubuh seseorang, lalu dipegang oleh mahmud dan dipukulinya dengan keras hingga cedera. sedangkan Mahmud sebenarnya bodoh, tidak tahu membentengi dirinya dari kejahatan bangsa jin. Kemudian aku datangi ia di malam yang gelap ketika ia berjalan sendirian di sebatang jalan lalu aku masuk ke dalam badannya.

Syeikh : sejak bila kamu masuk ke dalam badannya??

Stefrius : kira-kira 20 tahun yang lalu.

Syeikh : saya akan menawarkan kamu sesuatu dan kamu bebas menentukan pilihan.

Stefrius : katakanlah.

Syeikh : saya menawarkan kamu supaya masuk Islam.

Stefrius :biarkan aku fikir terlebih dahulu.

Syeikh : berapa lama??

Stefrius : 3 hari

Syeikh : tidak, paling lama kami berikan masa untuk berfikir sepuluh minit sahaja

(sepuluh minit kemudian Stefrius menyatakan keislamannya)

Syeikh : kalau begitu ucapkanlah syahadat. Kemudian dia mengucap syahadat dan menyatakan taubatnya, lalu menukar namanya menjadi "ummu Ibrahim"

Syeikh : diantara Kesempurnaan Taubat ialah tidak melakukan sebarang kezaliman.

Ummu Ibrahim : Kezaliman apa ?

Syeikh : Kemasukkan kamu ke dalam tubuh manusia adalah satu kezaliman, kerana itu kamu harus keluar daripadanya.

Ummu Ibrahim : saya tidak akan keluar kerana 2 sebab. pertama, kerana sangat menyintainya tetapi saya tidak dapat tidur bersamanya kecuali satu malam dalam seminggu, iaitu pada malam isnin, manakala pada malam-malam lainnya saya biarkan ia bersama isterinya.

Syeikh : Apakah kamu menampakkan diri kepadanya dalam wujud seorang wanita?

Ummu Ibrahim: tidak.

Syeikh : lalu bagaimana cara melakukan hubungan badan?

Ummu Ibrahim: dia melihatku dalam tidurnya seperti mimpi, dia melihatku dalam rupa seorang wanita cantik, dan pada pagi harinya dia bangun dalam keadaan berjunub. Sedangkan saya, benar-benar merasakan kenikmatan yang sempurna

Syeikh : itu yang pertama. bagaimana pula dengan sebab yang kedua?

Ummu Ibrahim: sebab yang kedua kerana saya pernah bersuamikan seorang dikalangan raja Jin Laut Merah, kemudian ianya mati dan meniggalkan saya. Kerajaannya diwarisi oleh anak-anaku. Mereka masih kafir. Kalau mereka tahu aku masuk Islam, nescaya mereka akan membunhku.

Syeikh : Tentang sebab yang pertama, ia adalah kebatilan semata-mata, kerana dia tidak menyintaimu dan tidak pula ingin menikahimu, Dia baru sahaja menyatakan kepadaku ingin mengusirmu dari tubuhnya. Adapun berkaitan dengan anak-anakmu, maka sesungguhnya kamu boleh lari ke mana sahaja yang kamu sukai di Lautan Atlantik atau di mana sahaja sehingga kamu boleh hidup dengan selamat dan menyembah Allah.

Ummu Ibrahim: Kalau begitu aku akan keluar. Berikan ku tempoh 3 minit

                        (selepas 3 minit, Syeikh Wahid melihat keadaan yang mencurigakan)   

Syeikh : (ia meletakkan tangannya di atas kedua bahu lelaki itu) Ini adalah satu tipuan belaka. Wahai Ummu Ibrahim, mengapa engkau tipu kami??

Ummu Ibrahim: Percayalah kepadaku, saya sangat menyintainya, saya telah hidup bersamanya selama dua puluh tahun dan saya tidak ingin keluar dari tubuhnya.

Syeih : Kalau begitu, bererti telah berakhir cara kelembutan dan keramahan dan akan bertukar dengan cara kekerasan, pukulan dan pembakaran. kamu keluar atau saya meminta pertolongan Kepada Allah san saya bacakan ayat-ayat Al-Quran kepadamu hingga membakarmu, atau aku pukul kamu??

Ummu Ibrahim: jangan!!!baiklah saya akan keluar.

(setelah dua ke tiga minit, jin itu berteriak memanggil-manggil dengan suara yang sayu : "Wahai Mahmud...!Wahai Mahmud...!Wahai Mahmud...!" kemudian ia keluar dari tubuh Mahmud).

petikan dari buku Kisah-Kisah Benar Jin, Susunan oleh Abu Hikmah Al Husni, terbitan Darul Nu'man..

 

 



fysal at 01:05 am
dah komen  

bahana Ilmu Kebal,,,,
  

Wednesday, August 02, 2006


            Malam itu merupakan malam ke tiga bagi Zainal bertugas. Zainal yang bertugas sebagai seorang Atendan kesihatan di hospital memulakan tugasnya pada malam itu seperti biasa. namun tepat pada jam pukul 12.00 tengah malam, dia diminta untuk membantu Pembantu Perubatan yang bernama Azli untuk pergi mengambil seorang mangsa kemalangan jalan raya di simpang 3 laluan ke Bandar utama, suasana malam itu agak suram disertai dengan cahaya kilat di langit  yang kadang kala menyuluh kesepian malam itu. Setibanya Zainal di tempat kejadian, orang ramai sudah mula berpusu-pusu dan mengerumuni kawasan kemalangan tersebut, Zainal membantu Azli untuk mengangkat dan mengusung mangsa ke dalam ambulan, mangsa dalam lingkungan 50an itu tidak dapat dicam dengan jelas oleh Zainal kerana wajahnya penuh dilumuri darah yang keluar membuak-buak dari hidung dan mulutnya. Mangsa dilihat beberapa kali mengelupor dan mengeletik menahan kesakitan yang amat sangat, tetapi apa yang menghairankan zainal ialah tiada sebarang luka yang dilihatnya, bahkan hanya terdapat garisan putih di atas permukaan kulit seperti digesel dengan sesuatu yang tumpul. Memang tiada langsung luka besar dilihatnya kecuali perdarahan yang banyak keluar dari mulut dan hidung mangsa sehingga membasahi lantai ambulan. Kalau mengikutkan kemalangan yang berlaku, sudah pasti mangsa akan patah riuk atau mengalami kecedaraan luaran yang serius, kerana motorsikal yang dinaiki mangsa bukan sahaja merempuh belakang lori treler yang sarat dengan muatan berat, tetapi juga mangsa dan motorsikalnya juga terpelosok di bawah perut lori tersebut, biasanya dari pengalaman yang Zainal tempuhi selama hampir 25 tahun bertugas sebagai atendan kesihatan, mangsa begini jarang hidup lama, kalau tidak mati ditempat kejadian, mangsa biasanya akan meninggal di hospital.

            Setibanya mereka di hospital, Dr Amen dan Paramedik yang lain bertungkus lumus memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa kemalangan yang diambil oleh mereka tadi, Azli cuba mengeluarkan perdarahan beku yang masih berada di ruang pernafasan mangsa dengan melakukan sedutan. Beberapa kesan bengkak dapat dilihat di kawasan peha kiri mangsa yang menunjukkan ada tanda-tanda kepatahan. Setelah mangsa di berikan bantuan pernafasan, JuruX-ray di minta untuk melakukan x-ray di kawasan yang disyaki mengalami kepatahan tulang, setelah siap filem X-ray diproses, Dr Amen melihat filem-filem X-ray mangsa untuk menyiasat kawasan kepatahan yang terlibat pada mangsa, tetapi Dr Amen kehairanan melihat tulang peha kirinya di dalam filem x-ray yang menunjukkan tulang tersebut tidak menembusi kulit peha mangsa sedangkan kalau berdasarkan teori dan pengalamannya, kepatahan jenis ini akan mengakibatkan luka pada kulit terlibat yang dikenali sebagai kepatahan tulang terbuka. Mungkin impak kepatahan tidak kuat, namun di fikiran Dr Amen ianya masih menjadi tanda tanya.

            Tepat Jam 1.00 pagi, mangsa yang dalam keadaan nazak itu akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya kerana komplikasi penafasan dan kecederaan dalaman di ruang pernafasannya. Zainal sekali lagi ditugaskan untuk melakukan "last Office" ke atas jenazah mangsa sebelum mangsa di bawa ke bilik mayat untuk dibedah siasat. Ketika dalam perjalanan ke bilik mayat, Zainal terasa seolah-olah diekori dan diperhatikan oleh seseorang dari belakang, namun ianya sudah lumrah bagi Zainal kerana mangsa yang mati akibat kemalangan jalan raya memang akan menimbulkan sedikit rasa seram ditambah pula jam pada ketika itu menunjukkan Pukul 1.30 pagi, tiba-tiba terdengar satu suara nyaring mengilai dari atas bumbung bilik mayat dan ketika itulah Zainal terlihat satu susuk tubuh berambut panjang dan berpakaian putih terbang dari atas bumbung bilik mayat terus meuju ke hutan berhampiran hospital dalam keadaan hujan yang turun dengan lebatnya pada ketika itu. Terasa longlai lutut Zainal seketika, namun Zainal kuatkan juga semangatnya agar mayat yang dibawanya tadi dapat disimpan di dalam bilik simpanan mayat dengan selamat agar proses bedah siasat dapat dilaksanakan dengan sempurna pada keesokan harinya. Setelah segalanya selesai, Zainal pulang semula ke jabatan kecemasan dengan langkah yang cepat dan wajahnya yang pucat tanpa bicara sepatah perkataan apabila disapa oleh Azli. Azli mengusik Zainal dengan mengatakan dia mungkin disampuk hantu semasa pergi ke bilik mayat tadi, Ejekan dan usikan Azli itu turut disertai dengan gelak tawa dari rakan-rakan yang lain, namun gelak tawa mereka terhenti apabila tiba muncul suara garuk yang turut sama-sama ketawa ketika mereka ketawa. Bunyi ketawa itu semakin lama semakin kuat dan nyaring, pada ketika itu bukan sahaja Zainal sahaja yang berubah wajah dan pucat, namun Azli dan rakan-rakan yang lain juga turut pucat mendengar suara ghaib yang tiba-tiba muncul itu. Mereka cuba mengamati suara ghaib itu, jelas sekali suara itu datang dari ambulan yang mereka gunakan semasa mengambil mangsa kemalangan jalan raya yang baru meninggal sebentar tadi. Apa yang menghairankan mereka sebaik sahaja Zainal dan Azli pergi ke ambulan tersebut, suara ghaib itu tiba-tiba hilang dan apabila ambulan dibuka, tiada apa mereka lihat melainkan peralatan perubatan dan lantai di dalam ambulan yang dipenuhi dengan darah dari mangsa kemalangan tersebut. Sebaik mereka meninggalkan ambulan tersebut sekali lagi mereka terdengar sesuatu dari ambulan. Namun kali ini bukanlah bunyi orang mengilai atau atu suara orang merintih menangis, tetapi bunyi kali ini mirip kepada bunyi seperti seseorang menjilat sesuatu dari lantai ruang ambulan tersebut, dalam keadaan panik tersebut Azli tidak sanggup lagi untuk melihat apa yang sedang berlaku di dalam ambulan tersebut, Cuma Zainal sahaja cuba memberanikan dirinya untuk melihat apakah disebalik bunyi yang didengarinya itu. sebaik sahaja pintu ambulan dibuka, alangkah terkejutnya Zainal apabila melihat lambaga yang berwarna hitam sedang tunduk menjilat darah di lantai ambulan yang masih belum mereka bersihkan itu. Hanya perkataan "Allahuakbar" sahaja yang mampu di tempik oleh Zainal ketika itu, dan pada saat itu jugalah lembaga tersebut hilang dari pandangan Zainal. Mereka yang bertugas pada malam itu tidak dapat tidur lena kerana sering di ganggu oleh jelmaan-jelmaan yang muncul di setiap penjuru ruang di bilik rawatan dan juga berhampiran garaj ambulan. Bukan sahaja Azli dan Zainal, bahkan Dr Amen juga merasa "panas badan" semasa bertugas malam itu. Sehinggalah kedengaran laungan azan menandakan masuknya waktu subuh, barulah gangguan-gangguan dari jelmaan tersebut tiba-tiba hilang.

 

BEDAH SIASAT

 

            Pada keesokkan harinya, bermulalah satu lagi kisah misteri disebalik kejadian semalam, mayat mangsa kemalangan malam tadi dikeluarkan sekali lagi dari bilik simpanan mayat untuk dibedah siasat bagi mencari apakah punca disebalik kematian mangsa. Setelah mendapati mangsa tiada saudara mara atau waris terdekat, atas permintaan pihak polis yang mahukan siasatan dan laporan terperinci tentang punca kematian mangsa, maka bedah siasat terpaksa dilakukan tanpa perlu mendapatkan keizinan dari waris mangsa demi mencari kebenaran apakah kematian mangsa boleh dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah atau sekadar kemalangan biasa sahaja. Dr Amen di panggil sekali lagi untuk melakukan bedah siasat tersebut sambil diringi seorang pegawai polis dan diselia oleh seorang pakar forensik. Selain itu Azli dan Zainal juga turut dipanggil untuk membantu Dr Amen semasa melakukan bedah siasat ke atas mangsa. Dr Amen mengambil "scapule blade"  yang biasa digunakan untuk melakukan bedah siasat, namun Dr Amen meminta sekali lagi dihulurkan kepadanya satu scapule blade baru kerana scapule blade yang digunakan tadi tidak lut ke atas kulit mangsa, namun setelah kali ketiga Zainal menghulurkan scapule blade yang baru kepada Dr Amen, ternyata ianya masih juga tidak lut dan sedikitpun torehan ke atas kulit mangsa tidak terbuka, bahkan hanya sekadar menjadi garisan putih sahaja, melihat keadaan begitu, suasana di bilik mayat mula menjadi kecoh seketika, dan dalam keadaan panik begitu mereka berpendapat hanya seorang sahaja yang boleh membantu mereka mencari jalan penyelesaian di atas kebuntuan mereka itu, iaitu Hj Lamin, Hj Lamin adalah seorang tokoh ulamak yang cukup disegani kerana kebolehan beliau dalam merawat mangsa-mangsa yang terkena gangguan makhluk halus dan juga melibatkan masalah-masalah yang melibatkan alam ghaib. Bedah siasat terpaksa ditangguhkan kerana menunggu kehadiran Hj Lamin bagi membantu mereka menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi itu. Kira-kira 15 minit kemudian Hj Laminpun tiba di bilik mayat, Hj Lamin sekadar mengambil segelas air kosong lalu dibacakannya sesuatu dan ditiup ke air tersebut sebelum merenjiskan air itu ke atas jenazah tersebut. Ternyata selepas itu mayat mangsa dapat di toreh hanya dengan beberapa kali torehan sahaja, akhirnya Dr Amen dapat menjelaskan punca kematian sebenar mangsa yang mati akibat tusukan tulang rusuk ke atas paru-paru dan juga jantungnya. Setelah segalanya selesai, Hj Lamin menjelaskan tentang mengapa mayat ini tidak boleh dibedah siasat dan peristiwa –peristiwa yang pelik berlaku semalam.

            Hj Lamin memberitahu, arwah berasal dari tanah seberang yang datang berhijrah ke Malaysia suatu ketika dahulu, mangsa tinggal agak jauh di pendalaman kampung, mangsa tersebut bukan sahaja mahir dalam ilmu persilatan dan juga dunia perubatan tradisional, bahkan mangsa juga memiliki ilmu kebal yang tidak lut dari apa jua senjata yang diperbuat daripada besi. "Mungkin sebab  itulah mengapa tulang peha kirinya tidak dapat menembusi kulitnya kerana mangsa memiliki ilmu kebal" celah Dr Amen yang  berpuas hati dengan kemusykilan yang muncul setelah melihat filem X-ray mangsa malam tadi. Menurut Hj Lamin lagi, apa yang staff hospital lihat malam tadi adalah jelmaan penunggu yang di miliki oleh arwah semasa hidupnya dahulu, penunggu tersebut diberikan makanan dari darah arwah sendiri. Kini penunggu tersebut hilang arah tujuan kerana tuannya sudah tiada lagi, Hj Lamin sekali lagi diminta untuk menghalau makhluk yang tidak bertuan itu agar tidak lagi menganggu ketenteraman para petugas di hospital tersebut. Ambulan yang mengambil mangsa yang pada mula tidak boleh dihidupkan pada pagi tersebut juga sudah boleh berfungsi seperti sediakala. Darah-darah dari sisa kemalangan semalam juga dibersihkan. Mayat mangsa juga selamat disempurnakan mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh agama islam. Cukuplah sekali kata Zainal dengan harapan agar tiada lagi gangguan yang menakutkan begini berulang lagi di masa akan datang....

 

           

~ Mohd Faisal Bin Hj Ishak~

           



fysal at 10:25 am
dah komen  

Buaya Ganas di Malaysia..
  

Sunday, July 30, 2006


 Kejadian ini berlaku di bumi kenyalang, kisah buaya ganas di Sarawak..sudah pastinya kita tidak akan lupa kisah buaya jadian yang di gelar Bujang Senang, tentang gambar ini, aku tidak mendapat maklumat terperinci mengenai tahun kejadian dan kawasan kejadian tersebut, adakah ini saki baki bujang senang yang masih mengganas di sungai-sungai Sarawak?? masih menjadi tanda tanya...

 

Fysal Fysal Fysal Fysal Fysal Fysal Fysal Fysal Fysal Fysal Fysal Fysal Fysal  FysalFysal   FysalFysal   Fysal 



fysal at 11:49 pm
dah komen  

nak dengar lagu yang cukup berhantu
  

Thursday, July 13, 2006


  sila klik di sini



fysal at 11:36 pm
dah komen  

Subject: KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
  

Monday, July 10, 2006


      

            1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya

            Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal

                        puluh ribu tahun lamanya .



           2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk

          menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.

                   melaknat dan perintah turun ke bumi.


           Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

             3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin

              Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).

            Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).



           4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang

           Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling

          suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu

            ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau

             menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,

                         adik-beradik jin lah tuu.



           5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,

          lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan

                                  kubur.


              6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di

            perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala

                     Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."



              Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi

             Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca

            ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa

             bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila

                    pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!


            7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab

             jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik

           nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,

            memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga

            Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

            Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan

               tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di

          hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan

           tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman

             pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi

                          Sulaiman telah mangkat.



                 8) Manusia juga dilarang membuang air di

           lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu

            tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di

              larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

           9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah

           yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di

            situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca

            surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3

           hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu

                      suka sangat menepung tawar !!!


          10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7

          ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9

          kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang

                              yang di rasuk.


fysal at 02:06 am
kongsi pendapat anda  

cara jin masuk ke tubuh manusia
  

Sunday, July 02, 2006


   JIn walaupun wujud secara fizikal seperti manusia, namun ia tidak nampak dan tida dapat dilihat dengan mata kasar. sedangkan manusia memiliki lubang pori-pori, sehingga jin boleh masuk dari mana-mana bahagian tubuh manusia.

   ketika jin memasuki tubuh manusia, ia langsung menuju ke otak  dan melalui otak ia akan mempengaruhi bahagian mana saja dari anggota tubuh manusia untuk melakukan perkara-perkara yang diiingininya.

      kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa para pesakit yang dirasuki jin memiliki gelombang yang sangat halus dan aneh yang bersemanyam di dalam otak. banyak jin yang melaporkan kepada Ulama-ulama soleh bahawa mereka berada di dalam otak manusia yang dirasukinya.   

      Salah seorang Jin pernah memberitahu kepada Syeikh Wahid Abdus Salam: "saya boleh mempengaruhi bahagian mana sahaja dari anggota tubuh manusia."



fysal at 01:49 am
kongsi pendapat anda  

Next Page
Back to cyberstar